BUSCA

Links Patrocinados



Buscar por Título
   A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z


The Rise Of Islam
(harun yahya)

Publicidade
TARGET TEXT: Fizik Kuantum dan Bukti Kebijaksanaan Tuhan

Fizik Kuantum terdiri daripada satu zarah yang paling kecil dan juga dikenali sebagai ?daerah sub-atom?. di sekolah, semua orang telah belajar bahawa setiap jirim adalah terdiri daripada atom-atom. atom ini mengandungi satu nukleus dan beberapa elektron yang mengelilingi nukleus ini. Satu fakta yang sangat pelik ialah, semua zarah ini hanya mengambil 0.0001 peratus daripada atom-atom. Dalam kata lain, satu atom boleh dikatakan sebagai satu benda yang 99.9999 peratus ?kosong?.
Lebih menarik lagi, ujian seterusnya menunjukkan nukleus dan elektron-elektron ini terdiri daripada zarah-zarah yang lebih kecil yang dipanggil quarks di mana ia bukan sahaja zarah yang halus dalam bentuk fizikal, bahkan quarks ini adalah satu bentuk tenaga ringkas. Penemuan ini telah menghancurkan idea yang mengatakan terdapat perbezaan antara jirim dan tenaga. Sekarang, telah terbukti bahawa hanya tenaga wujud dalam setiap benda di dunia ini dan benda hanyalah frozen energy (tenaga beku).
Terdapat banyak lagi fakta yang lebih rumit: Quarks, bungkusan-bungkusan tenaga ini, bergerak dengan begitu unik sekali dan tenaga-tenaga ini bolehlah dikatakan sebagai conscious (di bawah sedar). Freeman Dyson, seorang ahli fizik, penerima anugerah Templeton untuk Progress in Religon, beliau menyatakan:
?Atom adalah satu benda yang pelik, berkelakuan seperti agen yang aktif dan merupakan suatu benda yang lebih baik daripada benda yang kaku. Atom-atom ini bertindak dengan tindakan yang tidak boleh diramal oleh undang-undang mekanikal kuantum. Jelas sekali di minda kita, ia adalah satu kedudukan muatan yang membuat pilihan, satu benda yang luas dalam atom.?
Dalam kata lain, terdapat maklumat di sebalik setiap jirim, maklumat yang mendahului keluasan satu-satu benda. Gerald Schroeder, ahli sains terlatih di Massachusetts Institute of Technology (MIT) , beliau telah bekerja dalam bidang fizik dan biologi dan juga penulis The Science of God. Beliau telah memberi komen yang penting berkenaan subjek ini. Dalam buku terbaru beliau, The Hidden Face of God: Science Reveals the Ultimate Truth, Schoroeder telah menerangkan, fizik kuantum - bersama-sama dengan cabang sains yang lain - adalah penemuan bagi satu Kebijaksanaan Yang Maha Luas di sebalik dunia kebendaan. Beliau menambah:
?Ia mengambil masa beribu-ribu umat manusia sebelum Einstein menemui bukti-bukti ini dan keganjilannya boleh dilihat. Asas sesuatu jirim adalah tenaga dan jirim ini sebenarnya mengentalkan tenaga. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk kita menemui terdapatnya satu non-thing yang merupakan benda yang lebih asas daripada tenaga yang membentuk asas tenaga dan ia adalah benda yang paling asas bagi sesuatu jirim.?
John Archibald Wheeler, professor fizik daripada Universiti Princeton dan juga penerima anugerah Einstien (2003), beliau menerangkan fakta yang serupa, iaitu maklumat ?bit?(digit binahari) memberi kenaikan kepada ?it?, (isi jirim). Menurut Schroeder, ia mempunyai ?makna yang mendalam?.
Hubungan jirim/tenaga dan fungsi gelombang kuantum mempunyai maksud yang mendalam. Sains mungkin semakin hampir kepada satu fakta di mana seluruh alam semesta ini merupakan satu gambaran maklumat, kebijaksanaan dan idea. Seperti juga atom, angkasa lepas dan tenaga yang merupakan satu benda yang boleh dibuktikan.
?Kebijaksanaan? ini merupakan satu benda yang amat mengetahui segala-galanya yang merangkumi seluruh cakerawala ini:
Satu kebijaksanaan telah menguasai seluruh cakerawala ini. Penemuan-penemuan sains, segala penelitian mengenai jirim subatom dalam alam semesta kuantum, telah membawa kita hampir kepada realiti yang mengejutkan. Semua kewujudan di dunia ini adalah satu tanda kepada kebijaksanaan. Di dalam kajian kami di makmal, kami merasai kewujudan ini adalah seperti maklumat di mana asas fizikalnya disebut sebagai satu tenaga dan kemudian mengentalkannya dalam satu bentuk jirim. Setiap zarah di setiap hidupan terdiri daripada atom, kemudian tterciptanya manusia dan ia merupakan hasil maklumat daripada satu kebijaksanaan.
Bermakna, setiap benda di dunia ini bukanlah sesuatu yang tanpa tujuan dan hanya longgokan-longgokan atom yang berselerak, seperti yang diandaikan oleh dogma ateis/materialis. Sebaliknya ia adalah manifestasi satu kebijaksanaan yang telah lama wujud sebelum alam semesta ini lagi dan terdapat satu Penguasa Tertinggi yang berkuasa yang menguasai segala kewujudan di dunia ini.
Penemuan ini menghancurkan semua kepalsuan materialis dan menunjukkan bahawa kenyataan sebuah dunia kebendaan hanyalah satu bayangan daripada keajaiban dari Yang Maha Kuasa. Oleh sebab itu, Schroeder menerangkan, fizik kuantum telah menjadi titik temu bagi ilmu sains dan teologi:
?Pandangan ilmu teologi lama mengatakan segala kewujudan alam semesta ini adalah manifestasi daripada satu kebijaksanaan yang luar biasa. Sekiranya saya menggantikan perkataan ?manifestasi satu kebijaksanaan?, ilmu teologi seakan-akan seperti fizik kuantum. Kita nampaknya telah menyaksikan satu pertemuan antara fizikal dan spiritual?.
Kuantum ialah satu noktah yang benar-benar boleh menemukan antara sains dan teologi. Fakta bahawa seluruh cakerawala ini dikuasai oleh satu kuasa kebijaksanaan telah pun terdapat di dalam al-Quran yang telah diturunkan pada 14 abad yang lalu.
Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. (Quran20:98).



Resumos Relacionados


- Christiano Ronaldo Zlatan Ibrahimovic Superar Escapa E Traz Portugal C

- Pembunuhan Di Wisma Pendeta

- Tropical Wildlife Of Indonesia & South East Asia

- Tropical Wildlife Of Indonesia & South East Asia

- Malaysian Medicinal Plants



Passei.com.br | Biografias

FACEBOOK


PUBLICIDADE




encyclopedia